Thursday, December 1, 2011
ORANG UMNIO MENANGKAN PARTI BN
SILA BACA :
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=631069
TANPA JADI "ORANG UMNO" MAKA BN AKAN TEWAS KERANA SEKIRANYA HANYA JADI "AHLI UMNO" SAHAJA YANG KOSONG JATIDIRI MAKA UMNO AKAN TENGELAM DALAM LAUTAN KEKALAHAN YANG MAHA DASYAT.
DARIPADA UTUSAN MALAYSIA :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
Seruan ‘jadi orang UMNO’ perlu komitmen semua ahli
01/12/2011 5:46pm
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Seruan Datuk Seri Najib Tun Razak agar ahli UMNO bukan sekadar jadi ahli tetapi “orang UMNO” menuntut komitmen seluruh warga parti, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, dengan menjadi “orang UMNO”, ahli parti bekerja keras membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, sedangkan anggota hanya sekadar menyertai parti tanpa menyumbang apa-apa untuk masyarakat.
"Bukan tanggungjawab kepimpinan atasan sahaja untuk melakukan perubahan sikap dan minda ini, ia harus mengakar umbi, membumi dan semua harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk menukar persepsi yang selama ini diwarnakan dengan warna agak kelam kepada warna cerah, bagi memberi imej baru pada UMNO bahawa UMNO itu masih relevan di persada politik tanah air,” katanya, di sini hari ini.
Beliau mengadakan sidang media bersama rakan sejawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, mengulas ucapan dasar Najib selaku Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti hari ini.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, generasi baru yang mencorak kepimpinan UMNO pada masa depan perlu menghayati nilai-nilai tersebut kerana mereka tidak melalui detik cemas, kepayahan dan kesusahan dalam memastikan kelangsungan UMNO.
"Ada yang sanggup duduk bersila di lantai, datang jauh dan inilah orang-orang UMNO, bukan mereka meminta apa-apa. Hanya nak bersama-sama di rumah UMNO (Pusat Dagangan Dunia Putra) untuk mendengar amanat Presiden dan pemimpin-pemimpin parti.
"Inilah agaknya pesanan Presiden khusus kepada pemimpin muda dalam keghairahan nak menjadi calon, diberikan tempat...dan yang penting kita perlu muhasabah diri,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, senario politik negara yang berubah menuntut ahli UMNO melakukan perubahan bukan saja daripada segi budaya dan pendekatan, tetapi juga pelaksanaan gerak kerja.
Katanya, dengan keanggotaan hampir 3.4 juta, “orang UMNO” mampu memastikan parti menang pada pilihan raya umum kelak. — Bernama
TADI DS NAJIB PRESIDEN UMNO SEMASA RASMIKAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI PWTC TELAH TEGASKAN BAHAWA DIA PERLUKAN "ORANG UMNO" DAN TIDAK MAHU "AHLI UMNO."
MEREKA YANG HANYA JADI AHLI UMNO TIDAK ADA JATIDIRI UMNO YANG TULIN. SEBALIKNYA ORANG UMNO MEEMILIKI JATIDIRI UMNO YANG TULIN IAITU "SETIA KEPADA PARTI UMNO " DAN TIDAK KHIANATI PARTI BILA MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA.
KITA PUN TAHU BILA ORANG UMNO KERJA KUAT UNTUK MENANGKAN CALUN UMNO, MAKA UMNO AKAN DAPAT KEMENANGAN BESAR SEPERTI PR TAHUN 2001. TAPI BILA ORANG UMNO TELAH TIADA KERANA YANG ADA HANYA AHLI UMNO, MAKA PARTI UMNO DAN BN TIDAK LAGI HEBAT PASDA PR KE 12 PADA 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
literasi politik iaitu celik politik perlu diajar dan ditarbiahkan
literasi politik iaitu celik politik perlu diajar dan ditarbiahkan
happy new year bro otai
Post a Comment