Saturday, January 15, 2011

SELEPAS 100 HARI MALAYSIA JADI SYURGA ATAU NERAKA ???

RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM SEJAK PRA PENDUDUKAN DAN PENJAJAHAN HARAM JEPUN KE TANAH MELAYU SEJAK 1941 APABILA KAPAL TENTERA LAUT BRITISH IAITU PRINCE OF WALES DAN REPULSE DITENGELAMKAN OLEH TENTERA JEPUN SECARA KAMIKAZE PADA 10 DISEMBER 1941 DEKAT BANDAR KUANTAN TROMA SERIK MENGALAMI MASALAH JANJI PALSU DAN TIPU MUSLIHAT PENJAJAH.

APABILA BRITISH KALAH MAKA MORAL PERJUANGAN MEREKA LEMAH SAMA SEKALI. JEPUN DENGAN JANJI DAN SLOGAN "ASIA UNTUK ORANG ASIA" TELAH MENGABUI MATA UMAT TANAH MELAYU PADA MASA ITU UNTUK SOKONG JEPUN MENJAJAH TANAH MELAYU SEHINGA JEPUN MENYERAH KALAH PADA 15 OGOS 1945.

SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN PERKAUMAN DENDAM ANTARA KAUM AMAT LUAS KERANA JEPUN MELAKSANAKAN DASAR ANTI ORANG CINA DI MALAYA KERANA ORANG CINA AMAT BENCI KEPADA JEPUN YANG MENYERANG TANAH BESAR CINA PADA TAHUN 1937. MAKNANYA ORANG CINA TELAH TAHU AKAN KEZALIMAN DAN PUTARBELIT PROPAGANDA JEPUN LEBIH AWAL DARIPADA ORANG MELAYU.

SEMASA JEPUN MEMERINTAH GUNA DUIT DAUN PISANG YANG DICETAK SENDIRI DAN TIDAK ADA NILAI LANSUNG. SEMUA HASIL MAHSUL MALAYA DIBAWA BALIK KE JEPUN SAMA JUGA LAH DENGAN INGGERIS. BEZANYA INGGERIS TANAMKAN BUDAYA DAN PERKENALKAN SISTEM PENTADBIRAN BRITISH YANG BERKESAN DAN MODEN MANAKALA JEPUN MEMERINTAH MALAYA DENGAN KUASA TENTERA YANG ZALIM SERTA TIDAK BERKEPERIMANUSIAN.

SELEPAS JEPUN KALAH MAKA BINTANG TIGA PARTI KOMUNIS MALAYA MEMERINTAH SECARA HARAM SELAMA 14 HARI ATAU DUA MINGGU. BINTANG TIGA SEKALI LAGI JANJIKAN UNTUK HAPUSKAN KEMISKINAN DAN SAMARATAKAN EKONOMI RAKYAT. NAMUN APA YANG DAPAT HANYALAH PERKAUMAN DAN BALAS DENDAM BINTANG TIGA IAITU MPAJA YANG ANTI JEPUN. MEREKA INI BERTINDAK ZALIM DAN KEJAM MEMBUNUH SESIAPA SAHAJA YANG DIANGAP SOKONG DAN BERSUBAHAT DENGAN TENTERA JEPUN.

BILA BRITISH BALIK KE MALAYA MEREKA PERKENALKAN BRITISH MILITARY ADMINISTRATION (BMA). BMA AKHIRNYA SEKALI LAGI JANJIKAN BULAN, BINTANG DAN SYURGA SEKIRANYA ORANG MALAYA TERIMA MALAYAN UNION IAITU DARI BERNAUNG DI BAWAH BRITISH MENJADI JAJAHAN TAKLUK DAN DIJAJAH BRITISH SELAMA-LAMANYA.

MALAYAN UNION DITOLAK OLEH RAKYAT MALAYA PADA MASA ITU KERANA TIDAK MAHU LAGI DIJAJAH SECARA KOLOT DAN JUMUD OLEH INGGERIS. ORANG CINA YANG TERPENGARUH DENGAN PARTI KOUMINTANG DI NEGARA CINA AMAT TINGGI MOTIVASI IAITU "ASIA UNTUK ORANG ASIA." SEMANGAT INI DITANAM OLEH JEPUN DAN MPAJA YANG BERJAYA MERAMPAS TANAH MELAYU DAN MEMERINTAH TANPA BRITISH. NAMUN BEGITU ORANG CINA TOLAK MALAYAN UNION KERANA TAKUT SISTEM PENDIDIKAN CINA, AGAMA. ADAT, BUDAYA DAN TULISAN CINA TERHAPUS.

ORANG MELAYU SEBAGAI PRIBUMI MERUPAKAN KAUM YANG LANTANG BERTINDAK MENOLAK MALAYAN UNION ATAS PAKSI UMNO. SEHINGGA PADA HARI PENGIKHTIHARAN MALAYAN UNION PADA 1 APRIL 1946 SEMUA ORANG MELAYU MEMAKAI SONGKOK LILIT KAIN PUTIH TANDA BANTAHAN DAN ANGAP ORANG MELAYU, RAJA2 MELAYU DAN HAK MELAYU PADA MASA ITU TELAH BERKUBUR ATAU MATI BAHAM TANAH. AKIBAT PENENTANGAN KAUM MELAYU INI MAKA MALAYAN UNION DIHAPUSKAN.

SOALANYA SEKARANG PAKATAN DAP/PAS/PKR MUNCUL PULA PADA 2011 INI DENGAN JANJI DAN KEADAAN NASIB SEJARAHNYA SERUPA ITU. JANJI MEREKA IAITU AKAN BUAT 10 PERKARA DALAM 100 HARI BILA MEMERINTAH MALAYSIA. HANYA 10 PERKARA DALAM MASA 100 HARI SEDANGKAN SEBUAH KERAJAAN AKAN MEMERINTAH SELAMA 5 TAHUN. 100 HARI TAK SAMPAI SETAHUN.

SELEPAS 100 HARI APA PAKATAN DAP/PAS/PKR AKAN BUAT ???

APAKAH DAP AKAN TERUSKAN DASAR MEREKA SEPERTI MODEL DAP DI PULAU PINANG ???

DI MANA MUJAHID, TENTERA JIHAD DAN AHLI SABILILLAH PAS YANG AKAN MATI KERANA ISLAM MODEL KELANTAN ATAU MODEL KEDAH ???

DI MANA KEHIDUPAN MODEN PKR ALA USA YANG OK SEMUA.. TAK TAHU MODEL APA..MODEL SEKS BEBAS DAN SEMUA HALAL KOT ???

SEDARKAH KITA IAITU :

JANJI PAKATAN DAP/PAS/DAP TANPA PERINCIKAN IAITU PERLEMBAGAAN 1957 DAN RUKUN NEGARA 1970 AKAN KEKAL ATAU TIDAK ???

AKAN KEKALKAH DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN MACAM THAILAND ???

ATAU JADI SEBUAH REPUBLIK MACAM INDONESIA, SINGAPURA DAN FILIPINA ???

JANJI PAS UNTUK LAKSANA HUDUD DAN NEGARA ISLAM SEJAK PAS TUBUH 1951 MANA DIA ???

KITA AMAT TAKUT "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI," "DENGAR GURUH DI LANGIT, AIR DITEMPAYAN DICURAHKAN !!!"

KITA TOLAK KERAJAAN YANG DIASASKAN OLEH KETIDAKJUJURAN, PENIPUAN, PROPAGANDA DAN TIPU MUSLIHAT SERTA DENDAM PERKAUMAN. KITA NAK KAN ASAS KENEGARAAN YANG DIASASKAN OLEH ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN, PERDAMA MENTERI PERTAMA IAITU KEJUJURAN, MUAFAKAT DAN PERPADUAN KAUM BERSAMA KONTRAK SOSIAL ANTARA KAUM SEPERTI TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN 1957 ITU.

PERKARA DI ATAS SELALU DISEBUT OLEH SENATOR EZAM BEKAS ORANG KANAN ANUAR IBRAHIM DALAM SIRI CERAMAHNYA IAITU ANALISIS KEPIMPINAN PKR.

REVOLUSI ATAU PEMBAHARUAN 10 PERKARA DALAM 100 HARI PAKATAN DAP/PAS/PKR INI ADAKAH SAMA DENGAN KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN NEGARA 1957 DAN RUKUN NEGARA 1970.

HUJAH OTAI SENANG SAHAJA BILA INDONESIA HAPUSKAN PANCASILA APA JADI ???

MAKA SEKIRANYA KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN 1957 DAN RUKUN NEGARA 1970 TIDAK DIJADIKAN AGENDA PEMBAHARUAN 100 HARI PAKATAN DAP/PAS/PKR.....APA AKAN JADI KEPADA KITA DI MALAYSIA ???

JAWAPANYA ADA DI MINDA TUAN/PUAN......

SEMASA MALAYSIA DILANDA KRISIS EKONOMI DAN TOLAK DANA IMF.... DIMANA PAKATAN RAKYAT DAP/PAS/PKR.......????

SIAPA YANG TOLAK IMF ??? TUN MAHATHIR BN....

JANGAN LUPA JEPUN, BINTANG TIGA PUN ADA JANJI BULAN, BINTANG DAN SYURGA SEKIRANYA ORANG TANAH MELAYU@MALAYA TERIMA MEREKA...

SEKARANG JANJI PEMBAHRUAN 10 PERKARA DALAM 100 HARI....

LEPAS 100 HARI APA JADI.... RAKYAT DAN NEGARA INI HANYA DIBELI DENGAN RM 19 BILLION ???

LIHAT BLOG :

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/01/anwar-janji-100-hari-pakatan-rayat-rm19.html

PAKATAN HANYA PERLUKAN RM19 BILION UNTUK RAKYAT

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.


Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, 1. supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

2. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.


Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

PEMBAHARUAN@REVOLUSI SYURGA DUNIA PAKATAN DAP/PAS/PKR...

DARI BLOG :

http://inksensei.wordpress.com/2011/01/03/10-janji-pakatan-rakyat-dalam-100-hari-jika-diberikan-kuasa-memerintah/

10 PERKARA DALAM 100 HARI.....

1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Perancangan PAKATAN RAKYAT yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan seperti dakwaan pemimpin BN.

OTAI KATA : PAKATAN RAKYAT DAP/PAS/PKR SILA LAKSANAKAN DI NEGERI MEREKA KUASAI DAHULU DENGAN HASIL DAN KUASA YANG MEREKA ADA DI KELANTAN, KEDAH, SELANGOR DAN PULAU PINANG.

APA KPI DAN NKRA DI NEGERI BERKENAAN UNTUK RINGANKAN BEBAN RAKYAT. GUNAKAN LAH CUKAI DAN HASIL TANAH, BALAK, PERLOMBONGAN, CUKAI PINTU DAN LAIN-LAIN YANG MEREKA KUTIP DARI RAKYAT UNTUK SEJANTERAKAN RAKYAT DI NEGERI MEREKA DAHULU....

MEMERINTAH NEGERI PUN KELAM KABUT TAK DER PENGALAMAN. BAGAIMANA MEREKA MAHU MEMERINTAH PERSEKUTUAN@PUSAT ???

0 comments: