Monday, January 24, 2011

KETUANAN DAP BUAT PENEMBUSAN "TEST MARKET"



BILA KETUANAN MELAYU YANG DAULATKAN SULTAN SEBAGAI "TUAN" DIPERTIKAI DAN KETUANAN MELAYU DIDELETE DALAM KAMUS PAKATAN DAP/PAS/PKR... MAKA KETUANAN DAP "MALAYSIAN MALAYSIA" AKAN MENJADI RAJA ???

NAMPAKNYA PAKATAN DAP/PAS/PKR SEDANG TEST MARKET DENGAN ISU KETUANAN INI......

HALUS STRATEGI PROPAGANDA HITAM MEREKA INI......

CUBA FIKIRKAN.......

DARI AWAL LAGI SETELAH BERJAYA MENGURANGKAN 2/3 MAJORITI PADA PR KE 12 PADA 2008, MAKA PAKATAN PEMBANGKANG DAP/PAS/PKR TELAH MEMULAKAN KEMPEN HAPUSKAN KETUANAN MELAYU, HAPUSKAN SEMANGAT DASAR EKONOMI BARU 1970, PERTIKAIKAN TERAS PENTING DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA 1957 DAN RUKUN NEGARA 1970.

KEMPEN DIMULAKAN DENGAN PERUNTUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN IAITU ISU SUARA AZAN MASJID YANG DIKATAKAN KUAT DAN MENGANGGU KHASNYA WAKTU SUBUH, ISU SULTAN PERAK DAN MB DAP/PAS/PKR IAITU DS NIZAR DI PERAK, ISU HINDRAF, ISU BAHASA MELAYU BILAMANA PAPAN TANDA JALAN GUNAKAN PELBAGAI BAHASA TERMASUKLAH BAHASA MANDARIN DLL, ISU PERTIKAIKAN HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA YANG DIANGGAP DASAR PERKAUMAN DAN APARTAID SERTA KEBANGSAAN, ISU KEWARGANEGARAAN BILAMANA DITUDUH ORANG BUKAN MELAYU DIHALAU BALIK KE BENUA ASAL MEREKA, ISU SAMA RATA, ISU HAK SAMA RATA (TAPI EKONOMI, PERNIAGAAN, KEWANGAN DAN PROFESIONAL MASIH DIMONOPOLI OLEH HANYA SATU KAUM SAHAJA DI MALAYSIA INI).

BEGITULAH HEBATNYA KEMPEN DAP/PAS DAN PKR DALAM MENENTUKAN KETUANAN "MALAYSIAN MALAYSIA" IAITU DAP YANG MENJADI TUAN SERTA PENERAJU UTAMA DENGAN MELETAKKAN ANUAR IBRAHIM YANG AGAK TUA SEBAGAI HERO. TANPA RAKYAT KETAHUI SELEPAS ANUAR IBRAHIM PEMBANGKANG PKR TIDAK ADA LAGI PEMIMPIN YANG BERWIBAWA. SEDANGKAN DAP TELAH PUNYAI LIM GUAN ENG CM PENANG SEBAGAI "PRIMIER LEADER IN WAITING." MAKNANYA APA2 YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANUAR MAKA LIM GUAN ENG AKAN AMBIL ALIH KUASA PEMERINTAHAN NEGARA PADA MASA AKAN DATANG SEKIRANYA PAKATAN MEREKA BERJAYA SEBAGAIMANA PERANCANGAN MEREKA. NAMUN APA PUN KUASA ALLAH AKAN MENENTUKAN. SEKIRANYA ALLAH IZINKAN SESUATU ITU MAKA IANYA AKAN BERLAKU TANPA ADA TERLEWAT SESAAT PUN.

BEGITULAH KAEDAHNYA.....

NAMUN BEGITU PERLU RAKYAT SEDARI BAHAWA SEMAKIN DEKAT PR UMUM KE 13 MAKA PAKATAN DAP/PAS/PKR AKAN TERUS MENCIPTA ISU DAN CERITA PENGLIPURLARA. TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGABUI MATA DAN FIKIRAN RAKYAT SUAPAYA TERLUPA KPI JANJI2 PR 2008 MEREKA. SEMASA 2008 DAHULU MEREKA JANJIKAN KERAJAAN KEBAJIKAN YANG ADIL DAN SAMA RATA. LIHATLAH KPI MEREKA ADAKAH DI SELANGOR, KEDAH, KELANTAN DAN PULAU PINANG BERLAKU SAMARATA DI SEGI EKONOMI DAN SOSIAL ANTARA CINA, MELAYU DAN INDIA ??? APA NASIB KAUM MINORITI SEPERTI SIAM, ORANG ASLI DAN LAIN-LAIN ???

NYATA JANJI IBARAT "MENANAM TEBU DIBIBIR MULUT" RAKYAT MENUNGGU KERANA RAKYAT HANYA DAPAT KEBAJIKAN DARI KONSEP 1MALAYSIA DS NAJIB IAITU "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN." TANPA BANTUAN KERAJAAN DS NAJIB MAKA RAKYAT HANYA GIGIT JARI SAHAJA MELIHAT LAKONAN, TARIAN, SANDIWARA, DOLAK DALIH DAN LIDAH TAK BERCABANG PELIMPIN DAP/PAS/PKR YANG HANYA MENJUAL AIR LIUR DAN LIPS SERVICE KE SANA KE MARI.

SELAIN DARI LAKONAN DAN CUBA MENUTUP KEGAGALAN DAP/PAS/PKR TUNAI JANJI PR KE 12 PADA 2008. PIHAK PAKATAN INI TERUS KEMPEN DAN MENJAYAKAN AGENDA SETTING MEREKA UNTUK "TEST MARKET" PERTIKAIKAN PERKARA TERAS PELEMBAGAAN 1957 IAITU KONTREK SOSIAL 1957 ITU. ANTARANYA IALAH KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN, AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN, HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTERA DAN KEWARGANEGARAAN. MEREKA BUAT "TEST MARKET" DAN SEKIRANYA PERBUATAN MEREKA DITERIMA SEBAGAI TINDAKKAN POPULAR, MAKA MEREKA AKAN DENGAN BERANI MENCABAR APA JUA PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN KONTREK SOSIAL 1957 ITU. ADAKAH MEREKA AKAN PINDA ???

AKSI "TEST MARKET" YANG TERBARU IALAH MUSLIHAT KONONNYA HENDAK KEMBALIKAN KUASA SULTAN ATAS ISU PERLANTIKAN SUK SELANGOR, PEGAWAI KEWANGAN, PENASIHAT UNDANG-UNDANG DAN SEBAGAINYA (MUNGKIN PERLANTIKAN PEGAWAI DAERAH, YANG DIPERTUA PBT DLL ).

NAK KEMBALIKAN KUASA SULTAN ??? MARILAH KITA KAJI KPI MEREKA MENDAULATKAN SULTAN SEBAGAI KETUA AGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU !!! SETAKAT MANA MEREKA INI DAP/PAS/PKR LAKSANAKAN KPI MEREKA SELAMA INI, KHASNYA DI SELANGOR ??? KETUANAN MELAYU IALAH KEDAULATAN SULTAN ATAU RAJA-RAJA MELAYU BERTAKHTA DI SINGAHSANA SEBAGAI TUAN DAN EMPUNYA NEGERI SERTA JAJAHAN TAKLUKNYA. KALAU DAP/PAS/PKR PERTIKAIKAN DAN DELETE KETUANAN MELAYU... APA MAKNANYA ITU ???

KALAU MEREKA DELETE KETUANAN MELAYU MAKA ADAKAH AKAN DIGANTI DENGAN KETUANAN DAP ??? KETUANAN MALAYSIAN MALAYSIA 1963 YANG MENCETUSKAN PERISTIWA 13 MEI 1969 ???

MARI KITA BACA ARTIKEL INI. MARI KITA SAKSIKAN DRAMA PENGLIPURLARA DAP/PAS/PKR INI SETERUSNYA. HANYA DENGAN KUASA YANG SEDIKIT MEREKA SANGUP BUAT SEGALANYA UNTUK KEKAL KUASA... BAYANGKAN BILA DAPAT PERINTAH MALAYSIA APA MEREKA AKAN BUAT ???

ISU SUK SELANGOR ADALAH "TEST MARKET" IAITU LURUS MATA JARUM MAKA LURUS DAN MUATLAH BATANG BALAK. TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT...... MAKNANYA SEKALI DAPAT PELUANG MAKA MEREKA INI AKAN GOMO DAN PULUN HABIS TANPA MALU DAN SEGAN IKUT ADAT KITA ORANG BUMIPUTERA.........

Mereka tidak hormati sultan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

PELANTIKAN Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor diakui sah oleh semua pihak. Namun kehadiran beliau tidak diterima barisan exco kerajaan negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Polemik itu membawa kepada cadangan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri 1959 kononnya bagi mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam melantik SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Semestinya cadangan pindaan tersebut menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Jika pelantikan Mohammed Khusrin sah di sisi undang-undang mengapa undang-undang sedia ada mesti dipinda.

Wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN sempat menemuramah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, DATUK MOHAMMAD SATIM DIMAN untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan kerajaan negeri gabungan PKR, Pas dan DAP itu.

MINGGUAN: Apa sebenarnya muslihat Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sebalik isu Datuk Mohammed Khusrin Munawi sehingga perlu membawa kepada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN)?

SATIM: Saya melihat dari segi ini, kerajaan negeri cuba meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dengan alasan kononnya hendak mengembalikan kuasa sultan. Isu Mohammed Khusrin ini tiada kaitan langsung dengan kuasa sultan terhakis kerana baginda sendiri sudah menyatakan perkenan. Kita juga nak tanya kuasa sultan yang macam mana mereka hendak kembalikan? Kenapa tidak diperincikan?

Mereka sengaja memperalatkan isu ini untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sahaja. Ini kerana jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetap berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) walaupun DUN meluluskan usul tergempar.

Sebenarnya tidak ada isu pun dalam pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK, semuanya dilakukan dengan mengikut prosedur yang sudah menjadi amalan sekian lama tetapi Kerajaan Negeri PKR menjadikan perkara ini sebagai modal politik mereka, sedangkan sudah jelas pelantikan SUK tertakluk kepada SPA.

Ini semua tidak lebih hanya political game bertujuan menguji institusi raja dan rakyat kerana saya difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menubuhkan panel penilai bagi memilih SUK dan salah seorang calon akhir ialah Mohammed Khusrin. Maknanya, Menteri Besar sudah tahu sejak dari awal tetapi berbohong kepada rakyat kononnya beliau dibelakangkan.

Pada saya semua ini juga tidak lebih sebagai penghinaan kepada penjawat awam. Mereka menubuhkan panel tetapi pengerusinya Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Mengapa bukan SUK, sepatutnya jika betul tak berniat menghina serta merasakan pegawai kerajaan amat penting kepada kerajaan negeri, pengerusi panel itu mesti SUK.

Kenapa hanya Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam sedangkan sebelum ini langsung tiada masalah walaupun diwarisi dari zaman BN?

SATIM: Mereka cuma berpolitik selain cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat kerana terlalu banyak janji-janji pilihan raya mereka dulu masih belum ditunaikan dan pada saya memang sukar pun untuk ditunaikan. Jadi mereka mengalihkan perhatian satu persatu dan terbaru Speaker pula mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong, walhal ia sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hajat mereka bila semua ini dipolitikkan, rakyat akan melihat kepada isu itu dan dengan harapan mereka terlupa kepada janji-janji politik yang ditabur pada 2008 tetapi kita akan pastikan benda ini sentiasa disuarakan, kita akan terus bertanya dimana janji-janji pembangkang.

Memang Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam oleh kerajaan negeri bagi menutup kelemahan pentadbiran PKR dan orang suruhan yang menjadi alat untuk menjayakan niat jahat ini adalah tidak lain tidak bukan Abdul Khalid. Beliau hanyalah alat kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain dakwaan Datuk iaitu Abdul Khalid hanyalah alat kepada Anwar, sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan yang mengatakan Menteri Besar dicucuk hidung oleh DAP?

SATIM: Saya rasa Abdul Khalid selaku Menteri Besar tiada kekuatan, dia hanya Menteri Besar yang ‘less power’ kerana secara kebiasaannya, kekuatan seorang Menteri Besar dia perlu ada kekuatan politik dulu, baru datang kepada organisasi tetapi beliau tiada kuasa dalam PKR Selangor.

Abdul Khalid bukan Pengerusi PKR Selangor, sebaliknya jawatan itu digenggam Azmin Ali. Di pusat pula Azmin juga Timbalan Presiden apatah lagi dengan kedudukan Penasihat Ekonomi Selangor yang dikelilingi oleh DAP sehingga akhirnya terperangkap dengan mainan DAP. Benar, Abdul Khalid bukan sahaja alat kepada Anwar tetapi juga boneka yang dicucuk hidung oleh DAP.

Apakah krisis DUN ini penanda aras kepada pembangkang bahawa apabila mereka mendapat kuasa dua pertiga, segala undang-undang termasuk kuasa raja-raja akan dipinda?

SATIM: Rakyat kena faham, setiap undang-undang sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat boleh dipinda apabila ada kuasa dua pertiga. Mana-mana parti boleh buat sesuatu hati termasuk untuk menggugurkan apa sahaja. Di sinilah pentingnya rakyat kena berfikir, saya tidak boleh kata DAP tapi mana-mana yang dapat dua pertiga sama ada di DUN dan Parlimen, dia ada hak untuk gubal undang-undang ikut selera masing-masing.

Kalau keadaan ini tiada penyelesaian dan SUK berterusan dihalang menyertai mesyuarat kerajaan negeri, apa status setiap mesyuarat yang dilaksanakan?

SATIM: Sepatutnya mereka akurlah. Kalau tidak akur, itu pengkhianat yang amat besar kepada seluruh rakyat dan kakitangan awam. Tiada makna jika kita berterusan begini kerana ia tidak memberi faedah kepada sesiapa pun, sebaliknya yang susah adalah rakyat sendiri.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Ditolak kerana bertentangan dengan Perlembagaan - Satim

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

24/01/2011 5:12pm

SHAH ALAM , 24 Jan. - Barisan Nasional menolak cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang dibentangkan oleh kerajaan negeri gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

"Percubaan hari ini sia-sia dan membuang masa,” kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohamad Satim Diman semasa membahaskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2011 bagi menjelaskan kenapa kesemua 20 ADUN daripada BN dan seorang ADUN Bebas tidak menyokong pindaan itu yang dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang antara lainnya bertujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan itu dicadangkan ekoran pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mendapat bantahan kerajaan negeri dengan alasannya ia tidak dirujuk kepada Menteri Besar.

Mohamad Satim berkata, pindaan itu bermotifkan politik dan bukti sikap hipokrit serta ketidakikhlasan kerajaan Selangor.

Katanya, Barisan Nasional semasa memerintah Selangor sebelum ini, tidak pernah mengetepikan dan membelakangkan Sultan Selangor.

Dalam konteks pelantikan Mohd. Khusrin, beliau berkata, Khalid sendiri tidak menerima pelantikan berkenaan sedangkan ia sudah diperkenankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ini boleh dianggap derhaka,” katanya. - Bernama


Selangor gagal pinda undang-undang tubuh kerajaan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm


24/01/2011 8:21pm

SHAH ALAM 24 Jan. – Kerajaan negeri Selangor gagal meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila ia tidak diluluskan setelah gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam undian belah bahagian dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, sebanyak 34 Ahli DUN (ADUN) menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, manakala sebanyak 20 tidak menyokong.

"Namun mengikut peraturan mesyuarat sebarang pindaan memerlukan undian sebanyak dua pertiga dari jumlah kerusi DUN di bawah Perkara 98, Fasal 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Maka ia tidak boleh dibawa kepada bacaan kedua dan seterusnya,” katanya selepas pengiraan undi belah bahagian itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian. – Bernama


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
melapurkan...................

Pindaan jadikan Sultan Selangor rubber stamp sahaja

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana menerusi pindaan itu baginda diwajibkan merujuk nama yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kepada Menteri Besar untuk dipersetujui.

Menurut beliau, Menteri Besar boleh menolak nama calon itu seterusnya memberi nama lain dan sultan langsung tiada kuasa untuk menerima atau menolak 'perkenan' Menteri Besar itu.

Katanya, sekurang-kurangnya dalam peruntukan sekarang, Sultan Selangor diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk menentukan calon bagi jawatan itu apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suatu amalan akan mengemukakan beberapa nama kepada baginda untuk diperkenan.

"Sultan di peringkat ini boleh menolak dan meminta diberi senarai lain dan baginda boleh mencadangkan nama seseorang yang diperkenan tuanku. Kebiasaannya SPA akan menerima cadangan baginda. Setakat ini belum pernah berlaku SPA tidak menerima perkenan Sultan Selangor.

"Tetapi dengan cara putar-belit oleh pembangkang, keadaan menjadi terbalik," katanya menerusi entri terbaru blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk Rampasan Kuasa Diraja hari ini.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pemerintah dan Menteri Besar dalam pelantikan ketiga-tiga jawatan pegawai tertinggi negeri itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Menurut Zulkifli, menerusi pindaan itu kuasa mutlak pelantikan adalah di tangan Menteri Besar.

Menurutnya, berlindung di sebalik nama dan kedudukan Sultan Selangor, kerajaan negeri cuba 'memperkudakan' baginda dalam soal pelantikan itu.

"Pada saya ia sebenarnya cubaan merampas kuasa yang dibuat secara halus dengan cara memutarbelitkan undang-undang.

"Inilah kesannya proviso pindaan tersebut dibaca dengan Artikel 54. Pendek kata, Sultan Selangor wajib menerima 'perkenan' Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan pegawai kewangan negeri," jelasnya.

0 comments: